
aku dan kakak aku
Aku bangun pagi,Pada hari pertama persekolahan.Pada mulanya aku rasa sungguh gembira untuk pergi ke sekolah.Pada tepat pukul 12 tengahari aku dan kakak aku yang berumur 14 tahun terus pergi ke sekolah.

SMKBBU
Apabila aku sampai ke sekolah,aku diarahkan untuk pergi ke dewan.aku melihat ramai pelajar tingkatan satu dan dua hampir 600 orang pelajar.Pada hari itu tidak diadakan perhimpunan kerana guru-guru sibuk dengan pendaftaran pelajar tingkatan satu.
Apabila habis perhimpunan, cikgu mengarahkan pelajar tingkatan satu beratur mengikut kelas lalu pergi ke kelas masing-masing.Aku kelas 1 Cerdas1 dan guru tingkatan aku Cikgu Fadhilah.Selepas belajar di dalam kelas,aku terus rehat di kantin.
Apabila bunyi loceng menunjukkan tanda waktu rehat bermulalah waktu umat Islam menunaikan solat zohor.Selepas saja habis menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah.Pelajar pergi ke kantin untuk menjamu selera.Waktu yang diberikan bagi pelajar untuk makan hanya 20 minit sahaja.
Selepas sahaja makan,murid tingkatan satu sahaja pergi ke dewan untuk sesi orientasi.Sesi orientasi ini berlangsung selama 3 hari.Semasa sesi Orientasi dijalankan pelajar diajar cara untuk menyanyikan lagu sekolah mengikut melodi yang betul.Selain itu pelajar juga dapat mengenali nama guru dan mematuhi peraturan sekolah.
Akhir sekali,azam aku pada tahun ini adalah untuk berdikari.Harapan aku ialah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.